SukaSuki

SukaSuki

Friday, 4 October 2013

(DIY) Projek Side Marker dan Foglamp

Assalamualaikum . sorry lambat untuk update entry terbaru, ke "busy" an melanda diri.. huhuhu
Biasalah, busy dengan FYProject n FYExam. mane tidaknye, gua last semester kot kat POLIPD ni. insyallah, ujung bulan 10 ni tamat lah pembelajaran diploma aku. macam2 pengalaman , macam2 perasaan ,macam2 masalah aku dapat. Biasalah, itu semua mematangkan kita.

oklah, beralih pada tujuan sebenar, kalini entry aku ni , nak ler share serba sedikit tentang pemasangan lampu foglamp dengan sidemarker ni. tak susah pun, senang je nak wiring nya, cuma, pemasangan untuk lekatkan bahagian lampu pada body kreta tu ada kerumitan sikit.








harga untuk foglamp 1x rm90
untuk sidemarker 2x rm60

total harga rm150 je. kalau siap pasang kat kedai tu , nak tau brapa rm?? tambah lag seratus untuk pemasangan,wiring dari belakang kedepan dan tambah satu suis. Amboiiiii.. harga dia mengarut sangat.. rm100 untuk wiring benda simple, so aku beli barang , then bawak balik, pasang sendiri.

jangan tertipu dengan harga kedai. survey dulu harga barang. harga pasang. suka diaorang je na letak berapa, padahal benda murah dan senang je nak buat.

ok firstly, korang kene ada barang2 ni.

grinder, atau pemotong yang boleh potong bumper PU belakang tu. pakai pisau pun boleh. disebabkan aku ada grinder ni, so aku pakai. sebab benda ni memudahkan kerja dan tak melenguhkan tangan.
mula2 ukur dulu kebesaran side marker dan foglamp tu, kemudian , mark dengan pen ke, marker ke. kemudian potong je bahagian tu, then masukkan side marker dan foglamp kat lubang korang potong tu.. ikut lah kat mana korang na buat. jangan besar, kecik takpe. then lay lubang dengan pisau, kasi dia padat2 masuk.

dah siap benda tu , kita beralih pulak ke depan. buat lubang suis dan buat wiring dia



kabel negatif yang warna hitam tu, aku ketatkan dekat bahagian BODY kereta, sebab tu grounding (-)
yang warna putih tu aku curi api je. amik je mana2 soket fius tu, kalau main dengan punca supply vdc , jangan risau, takde maknenye nak meletup macam korang main dengan supply 240 vac. huhuhu. tap hati2, ia boleh menyebabkan wiring untuk kereta kita damaged.. test dulu dengan test pen , beli je yang kat kedai aksesori tu , murah je. bawah 10ringgit je. aku buat sendiri je testpen tu, modal pun rm3 je. hii




haaa.. macam atas ni je sambungan dia.. jadikan negatif  sebagai suis. kalau on dia akan lengkapkan litar, so lampu on. kalau tutup suis, litar putus so lampu padam la.. simple kan.. so sekarang , step seterusnya. lay kabel dari box depan sampai belakang.



okey. beli kabel 5 meter panjang. suka hati nak yang jenis macamana. 
dah siap wiring bahagian depan, connect yang kita wiring tad dengan kabel yang baru tad. pastikan polariti + - dia betul. Kemudian bukak pulak plastik feet guard kat tapak bawah pintu tu. then masukkan kabel kat dalam tu sampai ke pintu belakang.



bahagian belakang pun sama , bukak plastik hitam tu.. dia takda skru, dia pakai klip je. biasalah , kereta proton. huhu. lepas tu lay pulak bawah sit penumpang belakang. bukak sit tu , nant nampak lubang ke bonet belakang. then kluakan kabel tu.

kemudian sambungkan kabel tu dengan connector lampu bawah kreta korang. seal dengan selotip hitam ya. Yang bahagian bawah kereta tu korang kene la baring skit menghirup udara bawah kereta. hehee.. sambung macam biasa dan seal dengan selotip. dah sudah? onkan suis kereta. then on kan suis lampu korang.. kompom tak menghampakan.

so rm100 korang, korang dah boleh simpan. modal beli kabel dengan selotip hitam hanya 12 ringgit sahaja. so 88ringgit lagi boleh belanja aku makan.. huhuhu



so ini lah hasilnya... (maaf .. kereta saya kurang handsome macam kereta2 anda semua)

sekadar itu sahaja nak dikongsikan. lepas ni ada rasanya entry baru.. tunggu je la.. nant gua publish kat fb yeee.. :D assalamualaikum 






Sunday, 22 September 2013

Tips Penjagaan Kereta Kesayangan



assalamualaikum. apa khabar semua, semoga sihat hendaknya. oklah, straight to the point, entry kalini adalah untuk kita berkongsi ilmu tentang tip penjagaan kereta kita. mesti dikalangan anda lebih suka membasuh sendiri kenderaan anda kan?? 

tetapi ada ramai di kalangan pengguna yang agak ‘manja’ apabila saban minggu menghantar kereta ke pusat mencuci kereta semata-mata untuk membuang kotoran pada jentera pengangkutan mereka. Sebenarnya mencuci sendiri kereta mempunyai kelebihan iaitu selain menjimatkan wang ringgit ia juga sebagai satu aktiviti yang riadah yang sihat. Tetapi kita juga perlu tahu cara-cara yang betul mencuci kereta dan apakah bahan dan alatan yang kita perlu sediakan untuk mendapatkan hasil cucian yang baik.





Kereta kita terdiri daripada bahan-bahan yang berbeza seperti besi, plastik, getah dan yang terbanyak adalah cat. Setiap bahagian memerlukan bahan pembersih khas supaya ia dapat dibersihkan secara optimum. Kesilapan kita menggunakan bahan dan alatan mungkin akan menyebabkan ia rosak atau cucian menjadi tidak sempurna.

Umumnya menjaga kereta terdiri daripada tiga fasa iaitu :-

1. Membersih dan membuang kotoran (cleaning)
i. Cucian Luar
ii Cucian Enjin
iii Cucian Dalam
iv Cucian Tayar
v Membuang kesan tar



2. Merawat (recovering)
i Rawatan cat
ii Rawatan cermin dan wiper
iii Rawatan rim


3. Mengilat dan manjaan (spa)
i Mengilatkan cat
ii Mengilatkan cermin
iii Mengilatkan papan pemuka dan dalaman
iv Mengilatkan rim dan tayar

Bagi kereta baru biasanya kita hanya bertumpu kepada fasa 1 dan 3 manakala bagi kereta lama ia mugkin perlu melalui ketiga-tiga fasa tersebut.

1. Membersih dan membuang kotoran (cleaning)


i. Cucian Luar
a. Pancutkan air dahulu daripada hos selama 15 saat bagi mengeluarkan sisa-sisa klorin dan bahan kimia supaya tidak merosakkan cat.
b. Pastikan semua pintu dan cermin ditutup rapat
c. Pancutkan air pada bahagian kereta untuk membuang habuk dan pasir yang melekat pada badan kereta sebelum menggosok kerana pasir dan habuk keras boleh mencalarkan cat jika digosok.
d. Gunakan bahan pencuci khas untuk kereta dan jangan beli bahan pencuci murahan walaupun ada gambar kereta kerana ia berpotensi untuk merosakkan cat. Bahan pencuci beserta wax (wash and wax) juga boleh digunakan dan ia akan membuatkan cat kereta kelihatan lebih bersinar.
e. Gunakan span bersih dan cuci bermula daripada bahagian bumbung. Saiz span yang lebih besar akan mempercepatkan proses cucian. (jangan gunakan span untuk mencuci cat bagi tujuan lain.
f. Elakkan cuci di tengah panas kerana titisan air akan bertindak sebagai kanta yang boleh memfokus cahaya matahari terhadap cat.
g. Jangan biarkan sabun pada cat sehingga kering kerana bahan kimia pada sabun itu akan menjejaskan cat.
e. Lap menggunakan kain yang bersih dan tidak berbulu. Kain khas ini ada terdapat dijual di pasaraya dengan harga sekitar RM3.00 hingga RM7.00 sehelai. Pastikan tiada minyak atau pasir pada kain tersebut kerana ia akan merosakkan cat. Jangan gunakan kain pengelap cat kereta itu untuk kegunaan lain.


ii Cucian Enjin

a. Enjin merupakan bahagian yang paling sensitif dan pastikan anda mencucinya dengan berhati-hati. Bahagian elektronik seperti pendawaian, ecu, sensor dan sebagainya perlu dipastikan agar tidak dimasuki air. Jangan cuci menggunakan air pada tekanan yang kuat kerana bahagian palam pencucuh yang dimasuki air akan menyebabkan kereta tersenggut-senggut atau mungkin tidak dapat dihidupkan.
b. Bagi menghilangkan minyak atau gris pada enjin, kita boleh menggunakan bahan asas seperti minyak tanah dan sabun pencuci. (satu petua menarik daripada seorang tauke cuci kereta iaitu campuran sabun dan coca-cola pada amaun yang seimbang mampu menghilangkan kotoran degil pada enjin dan mengilatkan enjin.




iii Cucian Dalam




a. Cemaran dan kotoran bahagian dalaman biasanya adalah kesan terdiri daripada kotoran tangan, tapak kasut, air dan makanan. Mencuci bahagian dalaman tidak memerlukan air yang banyak. Anda memerlukan sedikit air sabun dan bilas menggunakan air bersih. Makanan yang terbiar tidak dibersihan akan mengundang serangga seperti semut dan lipas (akibat adanya serangga itu, cicak juga mungkin menumpang sama kerana ada sumber makanannya)
b. Jangan menggunakan clorok atau agen peluntur.
c. Tinggalkan seketika dengan pintu terbuka untuk memastikan pengewapan berlaku dengan sempurna.


iv Cucian Tayar


a. Tayar merupakan bahagian yang paling terdedah dengan kotoran seperti minyak, tar, habuk, sisa lapik pad brek, lumpur, najis dan sebagainya.
b. Sabun yang digunakan untuk tayar perlu sesuai dengan rim anda. Rim yang bercat pelu menggunakan sabun yang sesuai untuk cat manakala rim kemasan logam boleh menggunakan sabun biasa.
c. Gunakan berus sabut untuk menyental kotoran degil.


v. Membuang kesan tar

a. Tar merupakan cemaran yang degil kerana sifatnya yang melekat dan berminyak. Bintik-bintik tar paling senang dicuci menggunakan minyak seperti minyak tanah. minyak tanah adalah minyak yang terbaik setakat ni sepanjang menggunakan kereta ni. ianya murah dan tak merosakkan warna cat kereta kita (cubalah dulu, hasilnya pasti memuaskan)


2. Merawat (recovering)
i Rawatan cat (bagi kereta lama)


a. Cat pada kereta biasanya akan mengalami masalah seperti pudar atau tercalar. Cat akan pudar kerana faktor seperti bahan kimia, terdedah kepada embun dan cahaya matahari atau dimakan usia.
b. Cat yang pudar boleh dikembalikan kilatannya dengan melakukan ‘polishing’ dan ‘waxing’. Polishing merupakan proses menggilap kembali permukaan cat yang sudah hilang lapisan ’2K’. Bagi mereka yang tidak profesional biasanya bolehlah membeli polish yang tercatat ‘untuk cat lama’.
c. Kerja polishing akan lebih pantas jika anda menggunakan mesin. Jika tidak ada mesin maka bolehlah lakukan poslihing menggunakan span lembut dengan pergerakan membulat sehingga rata (elakkan daripada menggunakan span basuh pinggan kerana partikelnya agak kasar.
d. Biarkan seketika di bawah teduhan
e. Proses seterusnya adalah ‘waxing’ iaitu melapis selapisan lilin khas pada permukaan cat supaya kelihatan lebih berkilat di samping melindungi cat asal daripada menjadi pudar. lapisan ini boleh dilakukan dua minggu sekali dan boleh dilapis sehingga dua atau tiga lapisan.
f. Cat yang mengalami calar kecil boleh dirawat dengan menggunakan polish atau polymer sealant


ii Rawatan cermin dan wipera. Cermin kereta yang tidak dijaga akan menjadi kelam dan kasar seterusnya boleh menjejaskan pandangan dan pemanduan. Pembersih cermin ada banyak dijual di kedai khusus untuk membuang kotoran dan gris. Cermin yang tidak dijaga boleh merosakkan wiper dan menyebabkan wiper perlu kerap diganti.
b. Cecair pencuci cermin biasanya didatangkan dengan bahan kalis air (water repellent) yang membantu pemanduan agar lebih jelas dalam keadaan hujan lebat.
c. Penggilap cermin (wiper) juga perlu dibersihkan daripada minyak supaya sapuan air lebih rata dan menghasilkan pandangan yang lebih selesa. Cecair pembersih wiper ini juga ada dijual di mana kita hanya perlu melurutkannya cecair tersebut pada bahagian getahnya menggunakan kain bersih sehingga tiada lagi kesan kotoran. Jika anda mendapati kain yang dilurut pada wiper menjadi hitam walaupun sudah banyak kali dibersihkan, ini menunjukkan getah wiper anda sudah perlu ditukar.


iii Rawatan rim


a. Rim yang menggunakan kemasan cat perlu dijaga sama seperti anda menjaga bahagian cat badan kereta anda manakala rim kemasan logam perlu dijaga menggunakan bahan pecuci khas untuk rim. Ini kerana rim kemasan logam mempunyai sifat yang sensitif terhadap bahan kimia seperti asid yang boleh menyebabkannya bertompok dan recakkan yang tidak rata.




3. Mengilat dan manjaan (spa)
i Mengilatkan cat


a. Terdapat beberapa alternatif untuk mengilatkan cat kereta iaitu menggunakan wax, polymer sealant, carnauba (Copernicia prunifera). Walaupun dikatakan bahawa carnauba mampu menghasilkan lebih kilatan namun penggunaan wax lebih sesuai di negara iklim tropika kerana keadaan cuaca yang agak panas.
b. Sapu wax menggunakan span khas secara membulat dan biarkan sehingga wax benar-benar kering di bawah redupan kemudian sapu menggunakan kain lembut yang kering dan bersih.
c. Ulang sapuan kali kedua (kalau tak letih)

d. kalau ada machine polish lagi terbaik, tapayah penat-penatkan tangan. just tuang atas span, dan mula menggosok body kereta. kemudian sapu dengan kain bersih

ii Mengilatkan cermina. Cermin kereta tidak sesuai dikilatkan menggunakan wax atau apa bentuk polish sekalipun. Cermin perlu bebas daripada bahan bahan seperti wax. Gunakan bedak talkum dan gosokkan rata-rata pada cermin hadapan (windshield) menggunakan tisu kertas.
iii Mengilatkan papan pemuka dan dalaman.
Papan pemuka adalah bahagian utama pada ruang dalaman kereta anda. Ia menjadi tatapan penumpang termasuk anda sendiri. Papan pemuka yang berkilat menjadikan kenderaan anda lebih selesa dinaiki. Kilatkan papan pemuka menggunakan pengilat ‘dashboard’ dan bukannya pengilat tayar. Pastikan bahan pengilat papan pemuka anda mempunyai bau yang menyenangkan atau tidak berbau kerana bauan pengilat yang teruk akan lebih ketara apabila penyaman udara dipasang..


iv Mengilatkan rim dan tayar



Rim kemasan logam yang kusam oleh dikilatkan kembali menggunakan pengilat rim (sport rim conditional). Penggunaan polish atau wax pada rim kemasan logam tidak akan berkesan.


sekadar itu sahaja . tunggu next entry mengenai pemasangan lampu foglamp belakang dan side marker.

Friday, 20 September 2013

D.I.Y Air Conditioner kereta


Assalamualaikum dan salam sejahtera . Haa, hari ni gua rasa nak update lah kerja-kerja DIY yang gua dah pernah buat. Untuk Entry kali ni gua rasa gua nak share skit pasai DIY air-cond kereta. Dulu sebelum buat pemasangan ni, air cond gua bila waktu tengah hari kene pasang no.3 baru terasa aircond tu. selepas pemasangan gua rasa no.1  dan macam 3.

Pernah rasa n tengok asap sejuk klua dari BLOWER aircond?? mesti pernah kan, tap waktu malam jelah nak nampak asap tu. tap selepas gua DIY, aku pergi jalan PUDU minggu lepas , testimoni dia memberansangkan. jam 3 petang, panas terik. blower gua keluarkan asap sejuk tu. bila belting pusing je, asap blower klua. pasang 1 dah memadai untuk menyejukkan 1 ruangan dalam kereta @ cockpit.


kalau kita tak diy mende ni, heat pada bay kita tu memanaskan pipe aircond tu, so pipe tu panas then wap kesejukan yang dijana takdapat ler masuk sepenuh nya dalam cockpit. dia akan loss pada pipe panas tu tad. so solution dia, kita balut pipe tu , so haba tu kurang la panas kan pipe econd kita.

gamba dibawah ni adalah gamba sebelum saluran paip aircond dibalut. Nak tau mana satu saluran pipe aircond?? start enjin kereta, bukak aircond. biakan lama sikit, then bukak bonet depan , tengok pipe mana yang keluarkan air @berpeluh. so tu adalah pipe aircond.
bagi kereta saga. gamba dibawah ni yang ada cap tu adalah paip econd. tgk la mana laluan dia. so paip tulah kene balut nant.

barang yang digunakan untuk kerja2 diy ni

                                                                  ALUMINIUM COIL

                                                                          FOAM PIPE


gunting dan pisau

dan last sekali adalah cable tie

setelah semua barang yang diperlukan ada, boleh la mulakan membalut paip econd tu.

so gamba dibawah ni aku dah tandakan mana bahagian yang perlu di balut.

mula2 sekali bukak aluminium foil tu, dia mcam seletip je, bukak plastik bawah dia dan balut pipe tu...mulakan pada anak panah sebelah kiri tu, cari paip tu sampai bawah, sampai tabung dia. so buat balutan dari situ. buat balutan dari kiri sampai ke kanan. ikut mana lah korang suka yee.. hehehe


dah siap balut dengan aluminuim tu, korang belah foam pipe tu . belah dari atas sampai bawah. BELAH! jangan PoTONG pulak....

kemudian lay pipe tu, then ikat dengan cable tie. buat la kemasan sendiri nak pasang cable tie tu. ikat secukup rasa lah yeee..


kerja dia mudah tap rumit sebab, pipe tu lalu blakang enjin korang, so pandai2 lah na buat mcamana. kalau nak save buat sendiri. nak senang baya je kat aku dt barang dan upah.. wahahahaha. (promote ni). wakakaka

dah siap semua so ni lah hasil dia. kerja tangan sndiri, bag aku kemas dah. taktau lah korang mcamana..haha


masa aku ambil untuk buat ni ada dalam sejam 45 minit dengan 10 batang rokok dan 6 je habis sepenuhnya,.. yang lain tak sampai separuh dah buang.. hahaha. yang membuatkan lama tu sebab , yelah first time buatkan. nak jugak selidik mana laluan dia, mcamna nak lay. dan paling lama nak balut aluminium tu.

ikut korang la na balut aluminium dulu then baru balut dngan foam pipe, atau foam pipe then aluminium..
better korang balut dulu dengan aluminium sebab , bila dibalut, dia akan bekedut. so nampak tak cantik kat situ.

so korang boleh la cuba yeee... tap nak dapat kesejukan maksima adalah dengan pengunnaan aircond dalam masa lama, setakat start kete, then pegi kedai beli kentang then balik memang tak rasa lah... hahahaha

setakat tu je pekongsian ilmu yang aku tau.. lepas ni tunggu entry diy aku yang lain. Assalamualaikum



kembalinya dengan nafas baru

Hi Hi Hiiiiii uolss... hmm.. dah dekat setahun tarak update ini blog... yelah lately ni terlampau sibuk sampai tadak masa na update apa-apa cerita dalam dinding blog ni.. takpa. ada cerita baru menanti.. aku ingat nak masukkan kerja-kerja DIY yang dah aku buat kat objek putih aku.. macam2 aku buat. yelah, perasaan ingin mencuba tu membuak-buak. hasilnya semua memuaskan. kadang-kadang tu ada jugak yang tak jadi. tap takpa, kita belajar dari kesilapan jugak kan.

mungkin ramai yang meminati kerja-kerja DIY ni. Yelah, jimat kos tenaga buruh, jimat duit dan segala jimat yang ada.. Dengan hasil tangan sendiri, ia akan menghasilkan rasa KEPUASAN yang teramat sangat bila kerja-kerja yang kita buat tu menjadi. hohohoho. takpa next entry aku akan masukkan apa yang diy aku dah buat dan apa yang aku tahu.. mungkin korang boleh cuba buat. kalau ianya mengarut. cuba abaikan yee..

sebelum tu nah sekeping gamba objek putih yang terbaru selepas dah masukkan kasut sukan untuk dia.. lama jugak mengumpul. baru la dapat merasa haaa...huhuhu :-