SukaSuki

SukaSuki

Tuesday 23 February 2016

Gula Anau Perbezaan Antara Original Dengan Campuran

Assalamualaikum semua.





 

Siapa yang tidak tahu dengan keenakan gula anau ini, boleh dikatakan satu nusantara tahu mengenai gula ini. Akan tetapi berapa ramai yang tahu gula ini benar-benar asli atau gula campuran dan disebalik sukatan cara pembuatannya yang betul-betul telus sehinggakan gula ini mempunyai peminatnya tersendiri. Yang dari jauh sanggup datang mencari, yang tak dapat mengigit jari. 'Gula Anau, si Raja Gula segala Gula'.


Di sini saya akan cuba mendedahkan sedikit sebanyak bagaimana cara pembuatan dan penyediaan gula anau yang benar-benar asli dan terjamin keenakannya.

Bagi yang tahu rahsia khasiatnya ada yang membuat ubat dengan menggunakan gula anau cair asli ini.
Namun untuk mendapatkan air nira yang berkualiti tinggi ini ia hendaklah diambil seawal pagi dan perlu dimasak pada pagi itu juga. Ia bergantung juga dengan keadaan cuaca yang baik serta sipembuat gula anau itu bukan sekadar mahir sahaja malah mempunyai pengalaman yang luas.



Sebagaimana yang kita tahu sebelum ini tidak ada mana-mana wacana yang mendedahkan disebalik penyediaan gula ini secara terperinci pembuatannya, hinggakan masih ramai lagi yang tidak tahu membezakan rasa keaslian gula ini terutama sekali bagi warga kota.

Seawal pagi si pengetuk anau atau merangkap si tukang masak gula akan pergi mengambil hasil tadahan air nira yang ditadah dari petang semalam di sekitar lokasinya. Setelah pulang ke rumah kawah yang sederhana besar segera dijerangkan dengan kadar api yang sederhana di atas "SABAK".
(sabak adalah dapur dibawah tanah , menggunakan kayu sebagai bahan bakar) Kemudian si pembuat akan memasukkan kesemua air nira tuaian tadi kedalam kawah yang dijerang.


inilah yang dinamakan SABAK




Setelah kesemua air nira tuaian tadi di jerang, Si Tukang akan terkunci di "sabak" nya kerana, pembuatan gula ini memerlukan 100% fokus dan harus mengacau dan menjaga api dengan baik, supaya nira tadi tidak hangus dan perkara yang tidak diingini berlaku.


Di sini bermulalah titik tolak setiap pembuatan gula anau itu sama ada gula anau itu asli atau  gula anau campuran.  Saya akan dedahkan cara, bahan dan masa pembuatan bagi Gula yang original dan campuran.


 Jika ingin tahu, gula anau yang original yang kami hasilkan adalah pembuatannya hanyalah menggunakan 100% air nira anau. 
Tiada GULA PASIR atau Gula PERANG/MERAH digunakan.Nira anau tadi digunakan sebanyak 60liter. untuk menghasilkan 12-15 turus sehari

1 turus = 5 keping
15 turus = 75 keping


Jumlah diatas adalah jumlah produk yang boleh di hasilkan dalam masa 1 hari. Disebabkan itu, permintaan yang tinggi hendaklah diorder terlebih dahulu kerana prosesnya rumit dan produk yang dihasilkan hanya 15turus paling tinggi dalam 1 hari.

Masa masakannya pula selalu bermula jam 8.00pagi dan siap dimasak pada jam 3.30petang sebelum dimasuk kedalam acuan buluh. Lama bukan? ya, masa ini adalah tetap bagi menghasilkan gula yang cukup masak dan cukup sifatnya seperti rasanya, rapuhnya, warnanya dan keasliannya. ini menjaminkan ketelusan dalam pembuatan gula ini mengikut petua orang-orang dahulu.

 Dengan kaedah ini,  gula anau ini tulen dan asli malahan masih lagi terjamin keenakannya. Manis, berlemak wangi, kenyal-kenyal rapuh bila dikunyah dan manisnya meresap pekat ke dalam rongga mulut. Aduh sedapnya!!



Gula yang telah siap dimasak dan menunggu untuk dimasukkan didalam acuan


Gula anau sedang dimasukkan didalam acuan



Setelah Gula keras, Proses mengeluarkan gula dari acuan

Warna original, keperang-perangan dan berlubang diatasnya. itu membezaka original dan campuran.
jika campuran, gula berwarna kehitam-hitaman dan jarang berlubang semasa pengerasan setelah tuangan

hasil yang telah siap. selepas proses ini, proses pembungkusan dilakukan sebelum dijual.


Manakala cara pembuatan gula campuran pula berbagai kaedah dilakukan.  Gula campuran itu adalah air nira diletakkan sebagai syarat saja selebihnya gula pasir banyak digunakan sebagai contoh, 10 liter air niranya dan 10kg gula pasir digunakan atau mungkin lebih.

Malah ada yang menggunakan gula merah untuk mendapatkan warna yang sama namun apa yang menyecewakan ada juga pihak yang memasak gula ini tanpa menggunakan air nira sedikit pun tetapi dengan menggunakan air teh-o dengan gula pasir sahaja. Hebat bukan! 


Disini saya akan membuat kiraan kasar bagi membezakan produk kami dengan produk campuran.

Produk campuran : 60liter air nira  + 60 KG gula pasir boleh menghasilkan 200 hingga 300 keping gula anau. Maka boleh menghasilkan 50 hingga 60 turus sekali masak. itu jika menggunakan 60 liter nira, jika 30 liter pun sama juga, Hanya melebihkan gula pasir dan gula perang sahaja.


Produk kami : 60liter air nira semata-mata boleh meghasilkan paling banyak 75 keping gula  anau sehari. maka hanya boleh menghasilkan 15 turus sahaja untuk 60 liter sehari.

nampak? perbezaan kepingan yang boleh dihasilkan diantara original dan campuran?

Ini adalah segelintir pihak yang suka mengambil jalan mudah demi mengaut keuntungan semata-mata. Tapi bagi seorang pelanggan perkara begini tepuk dada tanya selera, kuasa memilih di tangan pembeli.




Ini adalah perbezaan produk kami dan produk yang dijual di tepi-tepi jalan.
sebelah kiri produk luar, sebelah kanan produk kami
lebih panjang, lebih isi, lebih untung kepada pembeli.







Hubungi jika berminat :

Layari laman Face book kami dengan mengetik link ini
--->GULA ANAU ORIGINAL@ FACEBOOK

Boleh call whatsapp: 0176035304 mustaqiim
                                 :0122429417 mimi
                                 : 0176985970 zack

Boleh PM di facebook rasmi saya dengan mengetik link ini
--->Tokey Gulo Anau


 

Monday 22 February 2016

GULA ANAU ORIGINAL Seremban Negeri Sembilan



 


                     GULA ANAU ORIGINAL@ FACEBOOK


Inilah pokok anau - Kata perpatah -petitih " seperti anau dalam belukar" tepat sekali kata orang tua-tua, lihat gambar tu... pucuk dialah yang paling tinggi. Gulanya memang sedap tetapi perangai seperti anau dalam belukar jangan di-ikut. Itu sikap ponting diri sendiri!!

Gulo anau mo gula melako banyak bezo ea. Gula anau adolah gulo dari nira pokok anau yang banyak terdapek dikampung2. Inilah gula nira yang membezakan rasa pada kueh2, manisan serta bubur juga pengat orang Negeri Sembilan dengan masakan negeri lain. Bezanya bagai sungai dengan laut malah sodapnya kueh yang ada bahan gula anau memang tak dapek nak dipertikaikan.
Sekarang ini nak mencari gula anau yang tulen 100% memang sukar sekali, selalu dicampur dengan lain2 gula. Maklumlah masa berubah dan pokok anau pun bukannya banyak lagi, hampir pupus ditelan pembangunan. Kerana sifatnya hidup melata,malah tiada usaha untuk menanam pokok anau. Malah hasil nira tidak lah banyak seperti dahulu, ini disebabkan perubahan cuaca, dulu dikampong tiada pencemaran malah suhu panas tidak seporit sekarang ini.

Disini ingin juga den nak ceritokan bagaimana gulo anau dijadikan. Membuek gulo anau bukan satu kojo yang boleh dibuek oleh semua orang, mesti ada ilmunya, juga pelbagai pantang larang serta syarat-syaratnya. Kok takdo ilmu , badan buleh kono gatal2 melampau. Selain tu air anau tak menjadi.
Selalu di Negeri Sembilan, pembuat gulo anau, juga digelar "menganau" atau " ngetuk anau". Selalu dilakukan sebagai kerja sampingan, buat menambah pendapatan.
Bagaimana mereko yang mengusahakan gula anau ini lakukan.??

Selalunya mereka akan mencari dan memilih pokok anau mana yang telah mengeluarkan sulur tandan muda. Pokok mestilah sihat dan cantik daunnya. Pokok anau mestilah berjarak-jarak sekurangnya mesti lolos seekor kobau diantara satu pokok dengan yang lain. Kalau tidak, mungkin air nira tidak banyak, jadi usaha menjadi sia-sia.


            

Ini lah gambar bagaimana mengambil nira dari pokok anau, dan tangga buluh itulah dinamakan "sigai".
Setelah sigai di pasang, maka bermula membela tandan yang akan menitiskan air nira, dengan serapah serta syaratnya maka diketuklah tandan sulur itu seolah membelainya dengan ketukan perlahan-lahan bagi melombutkan tandan ea.
Dibiarkan sulur tandan muda itu mengeluarkan putik buah yang menguning, tetapi jangan sampai putik tua menjadi beluluk, kalau telah jadi beluluk tak boleh lagi di ketuk atau diraih niranya. Jadi kalau sampai putik jadi tua buat belulut sahajalah yang dijadikan manisan yang ada juga menamakan buah kaling.
Setelah dipilih tandan sulur muda, jadi untuk memulakan kerja hendak lah dibuat sigai buluh yang seakan tangga yang di-ikat ke pokok anau itu. Ini bagi memudahkan kerja mengetuk anau.
Ini perlu dilakukan setiap pagi dan petang untuk berberapa hari. Setelah tandan sulur ini telah sedia, dengan pisau yang tajam maka di potong lah tandan tadi, lalu di balut dahulu dengan kain atau plastik dibahagian yang dipotong, di bengkukkan kebawah dengan ikatan rotan agar nanti mudahlah nira menitik kedalam takungan.

Selang beberapa hari, diketuklah tandan itu, dihiris lagi agar segar torehan nanti nira terus menitis kedalam takungan. Begitulah di lakukan tiap hari pagi dan petang, diketuk-dihiris dan di takung niranya. Air nira yang dituai, daripada beberapa pokok anau yang lain, dimasak didalam kuali besi dengan api yang perlahan, setelah pekat nira itu maka dituangkan kedalam acuan yang dibuat daripada daun kelapa atau buluh yang raut nipis dan dibulatkan sekadar 3" diameter.





Gula anau yang telah cukup keras selepas disejukan di bungkus dengan daun kelapa kering dalam bilangan 5 keping setiap bungkus - di Negeri Sembilan dinamakan satu "turus". Maknanya se-turus ada 5 keping gula anau. Pada tahun 60an "seturus" 1 - Malayan Dollar sahaja. Sekarang harganya mencapai RM 20.00 seturus.
Inilah satu-satu gula tradisi yang amat sedap dimakan dan kalau dibuat sebagai bahan manisan untuk kueh2, bubur serta pengat tak tergambar enaknya. Aroma yang terhasil dari kueh mueh campuran gula anau begitu jauh lebih wangi dan menyelerakan jika dibandingkan dengan gula yang lain seperti gulo melako, gulo kabung, gulo nipah dan gulo tebu merah memang bukan tandingan kepada gula anau dari Negeri Sembilan.


                     








Sekarang ini ramai anak-anak tidak tau macam gula anau ini dibuek, malah kadang2 gula anau itu pun tak konal. Kalau yang dah lamo duduk dibandar laie la tak tahu, walaupun asal memasing dari Negeri Sembilan.
Walau pun zaman telah berlalu, namun gulo anau masih lagi popular malah permintaan bertambah bila datang bulan puaso. Kueh2 yang jarang sekali kita temui dizaman moden ini seperti, kueh sopang bersantan,lepat pisang, lepat ubi, kueh kelepong - semacam buah melako tetapi saiznya kocik, kueh koci ori - bersantan, bubur "temandi" atau putri mandi, pengat pisang,keledek, labu,ubi dan banyak lagi kueh2 ber inti manis yang bahannya adalah gulo anau.







                           
Gamba di ateh ni adolah perbezaan antara gulo anau yang ori  produk kami dengan tiruan/campuran yang dijua melato kek kodai2. Sebolah kiri tiruan dan kanan pula produk kami.
Selain saiz nya lebih panjang, rasanya jugo belainan. Yola 100% air niro. Maun tak ori pior gaso manih ea. Kok sesapo yang pandai boleh rasa sendiri camano gaso ea? Ado tak raso ea samo macam maghin?? Kompem, dijamin samo!!


Selalu ea kito konola order atau posan awal-awal. Cuma pengusaha gula anau ini, payah nak berjanji ada atau tidak anaunya. Sebab jarang mereka nak terima tempahan atau cengkeram, ini salah satu pantang larang orang yang mengusahakan gula anau. " Ado Joki adolah, nak berjanji dan cengkoram ese tak dapek do" itu kebiasaan ungkapan orang yang mengusahakan gula anau. Maklumlah nak "ngotok" bukan kerja mudah.

                           


                               






Jangan risau. Omak ayah esei ado membuat gula anau original ni. Tanpa campuran sebutir pun gula pasir yang macam jejua kek kodai nun. Di jamin 100% original.
Seturus sekarang samo cam maghin. Do 5 koping, boghek 600gm-900gm. Cumo hago skang tak macam maghin.Hago ea sekarang Rm 18 seturus

Hubungi jika berminat :

Layari laman Face book kami dengan mengetik link ini
--->GULA ANAU ORIGINAL@ FACEBOOK

Boleh call whatsapp: 0176035304 mustaqiim
                                     :0122429417 mimi
                                     : 0176985970 zack

Boleh PM di facebook rasmi saya dengan mengetik link ini
--->Tokey Gulo Anau


Ini antara testimoni pelanggan kami. Alhamdulillah. Feedback yang terbaik. Tak percaya kami? Refer testimoni sebelum membeli untuk mempercayai kualiti dan ketulenan produk kami. 100% ori tekau ea!!!