SukaSuki

SukaSuki

Friday 4 October 2013

(DIY) Projek Side Marker dan Foglamp

Assalamualaikum . sorry lambat untuk update entry terbaru, ke "busy" an melanda diri.. huhuhu
Biasalah, busy dengan FYProject n FYExam. mane tidaknye, gua last semester kot kat POLIPD ni. insyallah, ujung bulan 10 ni tamat lah pembelajaran diploma aku. macam2 pengalaman , macam2 perasaan ,macam2 masalah aku dapat. Biasalah, itu semua mematangkan kita.

oklah, beralih pada tujuan sebenar, kalini entry aku ni , nak ler share serba sedikit tentang pemasangan lampu foglamp dengan sidemarker ni. tak susah pun, senang je nak wiring nya, cuma, pemasangan untuk lekatkan bahagian lampu pada body kreta tu ada kerumitan sikit.








harga untuk foglamp 1x rm90
untuk sidemarker 2x rm60

total harga rm150 je. kalau siap pasang kat kedai tu , nak tau brapa rm?? tambah lag seratus untuk pemasangan,wiring dari belakang kedepan dan tambah satu suis. Amboiiiii.. harga dia mengarut sangat.. rm100 untuk wiring benda simple, so aku beli barang , then bawak balik, pasang sendiri.

jangan tertipu dengan harga kedai. survey dulu harga barang. harga pasang. suka diaorang je na letak berapa, padahal benda murah dan senang je nak buat.

ok firstly, korang kene ada barang2 ni.

grinder, atau pemotong yang boleh potong bumper PU belakang tu. pakai pisau pun boleh. disebabkan aku ada grinder ni, so aku pakai. sebab benda ni memudahkan kerja dan tak melenguhkan tangan.
mula2 ukur dulu kebesaran side marker dan foglamp tu, kemudian , mark dengan pen ke, marker ke. kemudian potong je bahagian tu, then masukkan side marker dan foglamp kat lubang korang potong tu.. ikut lah kat mana korang na buat. jangan besar, kecik takpe. then lay lubang dengan pisau, kasi dia padat2 masuk.

dah siap benda tu , kita beralih pulak ke depan. buat lubang suis dan buat wiring dia



kabel negatif yang warna hitam tu, aku ketatkan dekat bahagian BODY kereta, sebab tu grounding (-)
yang warna putih tu aku curi api je. amik je mana2 soket fius tu, kalau main dengan punca supply vdc , jangan risau, takde maknenye nak meletup macam korang main dengan supply 240 vac. huhuhu. tap hati2, ia boleh menyebabkan wiring untuk kereta kita damaged.. test dulu dengan test pen , beli je yang kat kedai aksesori tu , murah je. bawah 10ringgit je. aku buat sendiri je testpen tu, modal pun rm3 je. hii




haaa.. macam atas ni je sambungan dia.. jadikan negatif  sebagai suis. kalau on dia akan lengkapkan litar, so lampu on. kalau tutup suis, litar putus so lampu padam la.. simple kan.. so sekarang , step seterusnya. lay kabel dari box depan sampai belakang.



okey. beli kabel 5 meter panjang. suka hati nak yang jenis macamana. 
dah siap wiring bahagian depan, connect yang kita wiring tad dengan kabel yang baru tad. pastikan polariti + - dia betul. Kemudian bukak pulak plastik feet guard kat tapak bawah pintu tu. then masukkan kabel kat dalam tu sampai ke pintu belakang.



bahagian belakang pun sama , bukak plastik hitam tu.. dia takda skru, dia pakai klip je. biasalah , kereta proton. huhu. lepas tu lay pulak bawah sit penumpang belakang. bukak sit tu , nant nampak lubang ke bonet belakang. then kluakan kabel tu.

kemudian sambungkan kabel tu dengan connector lampu bawah kreta korang. seal dengan selotip hitam ya. Yang bahagian bawah kereta tu korang kene la baring skit menghirup udara bawah kereta. hehee.. sambung macam biasa dan seal dengan selotip. dah sudah? onkan suis kereta. then on kan suis lampu korang.. kompom tak menghampakan.

so rm100 korang, korang dah boleh simpan. modal beli kabel dengan selotip hitam hanya 12 ringgit sahaja. so 88ringgit lagi boleh belanja aku makan.. huhuhu



so ini lah hasilnya... (maaf .. kereta saya kurang handsome macam kereta2 anda semua)

sekadar itu sahaja nak dikongsikan. lepas ni ada rasanya entry baru.. tunggu je la.. nant gua publish kat fb yeee.. :D assalamualaikum